Kempen Tukar Cukai Pendapatan Kepada Zakat Sukarela

¹ Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia (PI3KUM) menyarankan orang Islam perseorangan supaya mengira dan membayar PCB bulanan dengan jumlah yang betul² mencukupi, jangan kurang, berdasarkan kehendak LHDN, namun pada masa yang sama mengadvokasi pertukaran cukai pendapatan kepada zakat sukarela ini.

² Penting bagi mereka yang berminat memulai dengan membuat anggaran sendiri cukai tahun 2024 menggunakan perisian percuma SQL Professional Tax Planner menggunakan info dan maklumat yang mereka sedia ada supaya boleh menilai zakat yang perlu dibayar.

³ Untuk dapatkan rebet sehingga 100% daripada PCB, pembayar cukai perlu membayar zakat mengikut cara Pertubuhan PI3KUM dengan jumlah cukai yang dikenakan (dikira menggunakan perisian di atas) dalam tahun yang sama (tahun ini), supaya LHDN terpaksa memulangkan semua PCB itu semula pada selepas pengisytiharan cukai selesai dibuat pada tahun hadapannya.

⁴ Penukaran yang dicadangkan ini kelihatan agak berat sebab terpaksa membayar dua kali (cukai dan zakat) dan seolah² tidak mendapat apa² faedah kecuali menukarkan membayar daripada LHDN kepada Majlis Agama Islam, namun hakikatnya, ikhlas menunaikan zakat sukarela lebih berkat, justeru kesusahan ini kecil lagi sementara, kerana selain membantu Majlis² Agama Islam, ia juga berupaya menghasilkan gandaan sehingga 700 kali ganda yang dijanjikan Allah atau lebih.

Pertubuhan PI3KUM membezakan zakat wajib yang menurut syara’ hanya 2.5% sahaja daripada gaji bersih yakni selepas penolakan yang dibenarkan kerajaan, dan ini sebaik²nya / wajib di bayar dalam negeri tempat bekerja; manakala baki selebihnya adalah zakat sukarela atau sedekah, dan ia boleh dibayar di / ke mana² sahaja; justeru bagi mengelakkan khilaf, zakat sukarela sahaja digunakan dalam saranan ini.

Pertubuhan PI3KUM memudah cara dan membantu mendapatkan semula 20%-30% rebet daripada zakat sukarela tadi sekiranya mereka membayarnya mengikut langkah² yang ditetapkan Pertubuhan PI3KUM, justeru memang berbaloi sekiranya dapat melaksanakannya kerana boleh mendapat kembalian PCB 100% ditambah kembalian zakat 20-30%.

⁷ Sekiranya, pembayar tiada keperluan kepada kembalian rebet zakat sukarela ini, Pertubuhan PI3KUM juga membantu mengagihkannya kepada mana² asnaf yang dikenali dan dikehendaki pembayar, sebagai contoh, pembayar zakat sukarela di UIA mungkin mengenali dan mengkehendaki ia diagihkan kepada PPDK UIA atau programnya atau pelajarnya sebagai asnaf fi sabilillah dll.