Apa itu Pertubuhan PI3KUM?
Pertubuhan PI3KUM adalah nama ringkasan bagi Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia sebuah badan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-029-10-09122013 – (klik untuk lihat sijil pendaftaran pertubuhan).
Pertubuhan PI3KUM mempunyai objektif dan misi, yang antara lainnya untuk:
1. Menjaga kebajikan kanak-kanak kelainan upaya dalam pendidikan Islam di Malaysia.
2. Membantu ibubapa dan keluarga kanak-kanak kelainan upaya dalam mendapatkan pendidikan Islam.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah pendidikan, amalan, rawatan dan perubatan Islam As-Syifa Al-Murtadza.
4. Mengutamakan penguasaan, hafazan dan amalan fardhu ‘ain dan Al-Quran.
5. Meyakinkan masyarakat bahawa kanak-kanak kelainan upaya mempunyai potensi setanding dengan kanak-kanak normal yang lain.
6. Melahirkan bakal pelapis agamawan Islam berkelainan upaya sehebat Ibnu Ummi Maktum RA.
Pertubuhan PI3KUM sentiasa aktif berusaha melaksanakan program-program bagi mencapai objektifnya yang tersebut di atas antara lain merangka silibus-silibus dan modul-modul dan menjalankan operasi harian bagi Kelas-kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), sesi pagi dan petang, bagi kanak-kanak kelainan upaya autism, down syndrom dsb, semenjak April 2013 walaupun belum berdaftar ketika itu.
Pertubuhan PI3KUM pernah mengendalikan Pusat Jagaan dan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia yang kemudiannya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia dengan nombor pendaftaran B/PJH-OKU-009/2016 – (klik untuk lihat sijil pendaftaran JKM) di 1A, Jalan 6, Taman Batu, Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor.
Pertubuhan PI3KUM selepas banyak melaburkan masa, keringat dan kewangan, kemudiannya telah terpaksa keluar daripada premis sewa tersebut, akibat penjualannya dan pertukaran pemiliknya sekitar Disember 2020, kemudiannya menghadapi masalah demi masalah mencari tempat baru yang sesuai dengan kehendak perlesenan Jabatan Kebajikan (JKM) dan Majlis Perbandaran (MPS), justeru, telah menutupnya bermula 1 Mei 2021, selain bagi mengurangkan kos operasi semasa dan pasca pandemik Covid19 yang banyak meningkat ketika itu; sehingga kini masih belum membuka pusat yang baru.
Pertubuhan PI3KUM sungguhpun begitu masih aktif bekerjsama menyokong pelbagai badan pendidikan dan pertubuhan lain yang berteraskan Islam dan kebajikan kepada kanak-kanak dan insan-insan kelainan upaya seperti sekolah-sekolah PPKI, pertubuhan serebral palsi, pertubuhan austism, quranis, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan universiti.
Pertubuhan PI3KUM juga turut sentiasa berusaha mengadakan program Kelas Amali, Latihan dan Hafazan Ayat-Ayat Al-Quran (ALHAQ) di atas talian berdasarkan permintaan, buat ibu bapa, penjaga, keluarga kanak-kanak kelainan upaya atau mana-mana orang ramai yang berminat menjadi pengamal zikir dengan Al-Quran baik sebahagiannya atau keseluruhannya selain menyediakan modul-modul asas bagi pembelajaran mengenal dan menguasai huruf-huruf Al-Quran.
Pertubuhan PI3KUM juga menawarkan perkhidmatan amalan, rawatan dan perubatan Islam As-Syifa Al-Murtadha berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah kepada mereka yang memerlukannya terutama di kalangan kanak-kanak kelainan upaya, ibu bapa, penjaga, keluarga dan saudara mara mereka.
Pertubuhan PI3KUM sentiasa aktif mempromosikan dan melaksanakan Program Infaq Lillah satu program galakan menderma setiap masa bagi meraih dan mengumpulkan dana operasi pendidikan dan pengurusannya melalui sumbangan derma di sepanjang tahun.
Pertubuhan PI3KUM juga memanjangkan sebahagian sumbangan derma yang diterimanya itu untuk turut sama-sama membantu kanak-kanak, keluarga, orang, guru dan pelajar terpilih dan pertubuhan kelainan upaya lain yang susah bahkan pusat ibadah, komuniti dan badan pendidikan yang dikira memerlukan sama ada dengan program bantuan pemberian tunai atau wakaf, gajet, telefon pintar, Al-Quran elektronik dan komputer peribadi dari masa ke masa.
Pertubuhan PI3KUM membina, menyelenggara dan memberikan satu aplikasi android – amalan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat baik diamalkan menurut para ulamak Islam yang soleh, yang dinamakan Kitab Ayat-Ayat Amalan Harian yang boleh diperoleh secara percuma daripada Google Play dan selainnya.
Pertubuhan PI3KUM sangat berbesar hati dan amat mengalu-alukan sumbangan para dermawan untuk menyumbang ke akaunnya di Bank Rakyat – 1100 437 208 (nombor lama 1105 5100 1391) atau CIMB Islamik – 860 2150 181 atau DuitNow – PPM0291009122013 menggunakan kad kredit melalui aplikasi Touch `n` Go dengan kod QR di bawah pada bila-bila masa sahaja.
Pertubuhan PI3KUM boleh dihubungi secara terus menggunakan maklumat di laman hubungi yang turut menyediakan nombor telefon para pegawai pertubuhan kami.
Jazakumullohu khoiron kathiro.
